sivaji- and u call malaysia a multi racial country?

sivaji1.jpgselepas pulang dari solat jumaat, aku perlukan sesuatu baru untuk merangsang minda, sesuatu yang takder kena mnengena dengan kapal terbang, sesuatu yang akan membuka perspektif baru dalam cara aku melihat dunia.

aku dengan bangganya mengakui aku lebih suka tengok filem tamil dari filem hindustan. hindi terlalu banyak kosmetik. semua orang kaya, bahagia, dan mudah tenggelam dalam cinta. berbanding filem tamil yang sering membawa kita ke pelusuk kampung dan menilai kemanusiaan sendiri, melihat pertelingkahan cara berfikir tanpa berselindung dengan make-up yang berlebihan dan pakaian ala barat.

aku mungkin lebih berminat tentang budaya india setelah membaca buku arguemantative indian (salah eja kot) karangan amartya sen yang dengan jujur mengupas gaya pemikiran orang india dan bukti dari segi sejarah. melayu pun perlu ada buku macam tu. hehe.

kalau rajin tengok cerita hindi yang lama2 (zaman amitabachan masih hensem), lagak emosi nya masih sama dengan filem tamil – diperbesar-besarkan. kalau sedih, kamu boleh lihat riak wajahnya yang over sedih, benar-benar menyelami kesedihan itu, dan kadang kala (pada hemat aku) over. namun kini filem hindi dan semakin ikut global, kesedihannya berpada-pada, mengikut lagak kesedihan budaya lain, sedangkan filem tamil masih mengakui jatidiri mereka. lihat saja bila masa marah, bertapa merah mata dan urat-urat leher menjadi tegang. bagi budaya melayu, mungkin kurang serasi, mungkin dengan budaya mereka, itulah mereka.

aku bangga tengok filem tamil. benar-benar. aku rasa lebih memahami cara komunikasi, cara sindiran dan lawak mereka. lawak pun ada kategorinya sendiri. belum tentu orang putih boleh terima lawak senario. belum tentu orang afrika boleh terima lawak stephen chow. begitulah perumpamaanya.

 setelah sampai di odeon, aku dapati pintu utamanya dah berubah jadi kedai! aku yang dah lama tak pergi area sogo ni pun masuk kiri, ke arah sup doraisamy dan dapati kat bangunan odeon tu ada pintu kecik. hehe. cantik!

aku terus kona* masuk tempat parking depan campbell dan bayar rm2. ya rm2 untuk motorsikal. aku rasa aku dah kena kapak. tapi takdak hal, lepas ni akan suruh sivaji belasah mamat tuh. muhahahahah

aku sampai ke kaunter tiket. ada tayangan pukul 3. cantik! sekarang baru pukul 2.50 ptg. “pukul 3 aaa… sivaji satu”. mata bersemangat aku menatap wajah aci jaga tiket.

“ini filem takdak subtitle tau. you mau juga ka?” tanya aci tu rilek, tak tengok muka aku pun.

aku diam, pikir yang aku ni paham bahasa tamil tak. setelah aku sedar yang aku tak paham bahasa tamil kecuali “aney, teh tarik wanney!” harapan aku berkecai. berbisik hati aku- inikah malaysia negara berbilang kaum yang mengaku berkongsi segalanya. cceeetttt… poooooddaaaahhhh!!!!!

kona = membuat drift tajam ala initial D untuk membuat selekoh. seringkali disertai bunyi “woi! mau mampus ka?”

  

6 Responses to sivaji- and u call malaysia a multi racial country?

  1. adihamka berkata:

    (i) filem Tamil lebih merakyat meskipun hero & heroin perlu mempunyai elemen berlipat perut a.k.a boroi. Mesej filem tamil lebih memberi tumpuan pada kehidupan rakyat bawahan memperjuangkan nilai manusiawi.

    (ii) salah satu yang buat aku kecewa dengan Astro (selain daripada peningkatan kadar sewa RM15 sebulan) adalah apabila semua filem2 Tamil dipindahkan dari Channel 6 ke Channel 74 & 75. Tambah menyedihkan, pun tak ada subtitle!!! Selepas aku menerima pendedahan daripada seorang mamak di Masjid Tanah, barulah aku tahu bahawa channel 74 & 75 itu direct daripada India ke Malaysia, sebab tu tak ada subtitle.

    Disebabkan Malaysia masih daif teknologi pemindahan filem dan pemprosesan subtitle filem Tamil, maka aku setuju bahawa Malaysia terus kurang satu lagi dalil untuk melengkapkan proses pembinaan Bangsa Malaysia.

    Bagi yang selalu kutuk filem Tamil, mereka buta seni dan nilai artistik. haha!

    Setuju bro?

  2. bumilangit berkata:

    bro, anwar slalu kutuk filem tamil

  3. adihamka berkata:

    anwar bukan maksum,tak semua kita perlu setuju dgn dia.

  4. bumilangit berkata:

    ok ok. aku dah masukkan ko dalam list non fanatic. hahahah

  5. adihamka berkata:

    sejak bila aku fanatic…aku realistic!
    bro…ada mapley baru dah bukak blakang umah lagi.bila nak singgah?

  6. […] Sivaji The Boss. Kekecewaan yang saya kongsi bersama Zul sebagaimana yang beliau ceritakan di blognya hanya berakhir selepas hampir 3 bulan, iaitu menunggu filem Sivaji keluar di kedai-kedai VCD dengan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: