setahun bersama safiah

dscn2516.jpg
semalam, 5 september, genap satu pusingan bumi mengelilingi matahari sejak hari pertama aku bergelar bapak budak. safiah mardhiah atau panggilan manja beliau, spider-piah yang dulu fully dependen kepada aku dan mak dia, kini dah pandai mintak susu dan berjalan. masih aku ingat masa dia masih merah dan ubun2nya yang lembut itu yang bergerak-gerak. nak sentuhnya mestilah perlahan kerena terlalu fragile dan bisa mencederakannya jika tidak berhati-hati.

5 sept tadi, sepatutnya, lazimnya pada budaya kita di KL, aku dan istri aku akan sambut besday dia, dengan kek, lilin dan hadiah. tapi tu tak terjadi. aku kena attend kursus yang aku tak boleh miss dan istri perlu selesaikan projeknya yang memerlukan dia berada di utara semalaman. sedihkan?

so 5 sept tu, aku ‘lari’ balik secepat mungkin, dan layan safiah, perkara yang aku akui, aku jarang buat. hari tu mood dia baik, tak merengek sangat, jadi aku tak banyak masalah dan aku ‘buli’ dia untuk mengelakkan kami bosan. sampai waktu maghrib, gaya dia dah lain. suara dia tak ceria mcm sebelum ni, macam sedih je. dia merangkak pergi ke bakul baju busuk dan ambik tudung mak dia. dia cium dan bagi aku cium plak. syahdu la plak. ni la kali pertama safiah tidor berjauhan dengan mak dia.

lepas solat, aku hook on internet. harapan aku kalau2 dapat ber webcam dgn ika layan jugak. boleh nak tengok safiah cium skrin macam dalam iklan tv3 tu. tapi server slow. siyut punya maxis. so aku buatkan susu dan tidorkan safiah.

nak tidorkan budak ni pon satu hal dan ika dah bagi amaran tentang kepayahan ini. katil queen size itu akan dijadikan wrestling ring dan badan aku dijadikan dummy untuk berlatih buat ‘chop slam’. waaaahhh… sabar je la~ tapi bila dia dah penat berpusing2 satu gelanggang, dia datang kat ketiak aku dan tidor. hilang semua marah dan letih aku.

malam tu aku tidor2 ayam mcm pak guard yang jaga intan yang paling berharga. aku tak kisah jika aku perlu menggunakan flame thrower untuk bunuh seekor nyamuk yang nak ganggu safiah. aku tak kisah jika aku tak dapat tidor nyenyak, asalkan safiah dapat berdengkur.

5 sept tu tak berakhir dengan parti kostum atau cerita pari2 yang indah. ia berakhir dengan dua anak beranak tidor bersama-sama dan itu dah cukup comel bagi aku…

6 Responses to setahun bersama safiah

  1. kiki grindawangsa berkata:

    wow zul cerita yang menarik!
    bisa nak bawak anak ko jumpe aku?
    geram la.. comel siul!!

  2. a.azreen berkata:

    saya sokong!! giler cumel..
    macam nak cubit-cubit je pipi tu.
    hehe satu soalan..
    safiah ikut muka sape hah?🙂

  3. bumilangit berkata:

    ainis,

    jika comel maka ikut muka bapak dia lar! hekhok!

  4. a.azreen berkata:

    hahaha…

    nasib kak ika la dapat suami yang sebegini.
    xpe la, kasi can..🙂 tapi betul la kot..
    kalau xtau nama dia safiah, mcm baby boy.
    sebab colar shirt kot. hee~

    conclusion: safiah mmg cumel.

  5. fakhri berkata:

    sweet…

  6. ika_cutencuddly berkata:

    ehem…pepandai mengaku comel ikut muke die yek…hamboi2~~~ derang tu su,e nak sedap kan hati awak jek..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: