psikatari evolusi, mencelah cakap member

aku terbaca entri kawan2; ainis, saiful islam dan ehsan mengenai teori evolusi. aku cuma nak ajak tengok dari satu persepsi lain, psikologi.

 dalam cabang2 psikologi, ada satu ranting yang dipanggil psikologi evolusi. para ahlinya menilai satu permasalahan menggunakan metod yang dipahami melalui teori evolusi gagasan pakcik darwin, “survival of the fittest”.

selain itu, mereka juga mengkaji bagaimana kita mencapai tahap makhluk yang mempunyai hirarki tertinggi di atas muka bumi. antaranya ia berhubungkait dgn  kemajuan kita untuk bipedal iaitu berdiri atas dua kaki. mereka percaya kita mewarisi kebolehan untuk berkomunikasi dan menyampaikan perasaan yang membantu kita berkembang biak dan tidak pupus. bila kita memahami bagaimana emosi kita berevolusi,  kita kemudiannya mampu mengawalnya dan menghantar mesej yang betul kepada ‘pasangan’ atau ‘musuh’ kita. ini evolusi emosi.

dalam satu pandangan yang lain, mungkin boleh menyalahkan nenek moyangnya sekiranya dia berlaku curang atas alasan itu adalah ‘warisan’ cara berkembang biak dengan banyak, dengan kebolehan inilah keturunannya mampu meneruskan tali genetiknya sehingga hari ini. namun perlu diingatkan, ini hanya satu perspektif. saya ingin nasihatkan supaya saudara sekalian tak mencuba alasan ini di rumah.

kenapa metod ini boleh dipertikaikan?

satu perkara yang menarik ttg metod ini ialah perkara naturalistic fallacy yang mencadangkan ‘nature’ lah yang menetapkan sesuatu itu betul atau salah. misalnya jika singa jantan ‘mendominasi’ singa betina secara kasar, itu sudah lumrah alam, kehendak alam. ini seolah2 menghalalkan menindasan pihak yang lebih berkuasa, kuat, gagah dan mancho ke atas makhluk yang lemah dalam alam manusia.

keduanya, deterministic fallacy yang mencadangkan setiap perbuatan individu itu adalah kerana dalam darahnya dah memang ada genetik itu. misalnya, jika dia ahli samun, mungkin dulu nenek moyangnya pernah bersama kapten jack sparrow, maka gen itu berevolusi menjadi penyamun bermotor. ini bukan salahnya, ini salah nenek moyangnya.  dah kerena skil menyamun inilah kontinualiti keluarga mereka mampu bertahan ke hari ni. lagi satu contoh yang baik ialah bila seseorang memotong barisan bila nak bayar tol. mungkin oleh kerana nenek moyangnya dulu menggunakan skil berebut2 ini untuk meneruskan survivalnya. sapa cepat, terus hidup.

 mungkin dengan persembahan tulisan ini, encik2 dan puan2 dapat info baru untuk menilai teori evolusi sebagai satu metod pemikiran atau gaya hidup.

haha

One Response to psikatari evolusi, mencelah cakap member

  1. a.azreen berkata:

    hehe..

    mampu mengasah minda🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: