BBQ bersama FRU

tadi aku bersama famili membuat sedikit majlis panggang memanggang. menu utamanya ialah ayam percik, ayam madu dan steak bahu kambing bersama sos perang dan sos lada hitam. hanya keluarga terdekat dipanggil.

bapa aku sebelum itu menjemput kakaknya, wa (panggillan mak long bahasa utara) untuk bersama, namun oleh kerana wa sekarang di rumah anaknya, kak aminah, maka abah menjemput semua mereka. aku belum pernah tengok suami kak aminah ni, setakat yang aku tau dia ni polis, aku kurang ambil pusing kerana aku senang saja berkawan dengan sesiapa.

cerita panjang dipendekkan, aku dan suami kak aminah mula bersembang, mula dari teruknya keadaan pecahan bangsa di Malaysia, kemalangan ngeri bas ekspres hinggalah pergaduhan kaum di pasir gudang, johor. seperti jangkaan, nada bersembang seorang penjawat kerajaan yang telah di basuh otak nya pasti penuh dengan kesian kat melayu dan melayu mesti bersatu. aku pula tak cuba provok kerana taknak majlis BBQ menjadi debat perdana. aku sekadar angguk dan ketawa- cara terbaik untuk bercakap dengan polis.

  bila masuk bab rusuhan pasir gudang, dia kata kawan2nya dah dihantar ke sana. aku terdiam. dia ni dari bahagian mana? risikan ke apa? kemudiannya barulah aku tau yang dia ni FRU. haha! FRU. pernah dengar tak teka teki, siapa yang naik lori pakai helmet dan pegang tongkat?  

Diakhir sesi korek mengorek rahsia itu, beliau mengeluh, “bulan posa ni nak buat kerja part time apa la pulak?” aku tanya balas, selama ni hang dok buat apa? katanya dia jual buah, macam aku, dia perlu pendapatan lebih untuk teruskan hidup. aku kongsi kerisauannya. aku kongsi kesusahannya. aku tahu, aku pun rasa.

aku ketap bibir. ini la mangkuk yang aku dok maki setiap kali demontrasi, anjing kerajaan, manusia berotak jeruk, robot. inilah manusia yang cuma ingin teruskan hidup, macam aku. inilah manusia yang pakai helmet naik lori sambil pegang tongkat itu. manusia juga rupanya dia.

aku pikir semula sambil minum coca cola. perjuangan untuk kehidupan rakyat yang lebih baik ini, bukan saja untuk aku, bukan saja untuk abg posmen, dan abg yang jual karipap pusing tanpa lesen. perjuangan ini mesti terus kerana kasih sayang buat ‘musuh’, kawan, untuk diri dan untuk semua sarwajagat. perjuangan ini perlu buat keakuan, kroni dan member kerana ianya membezakan haq dan batil. perjuangan ini wajib kerana ianya wajib. noktah.

 ketika dia nak balik, aku berjanji yang aku dengannya pasti akan berjumpanya lagi. HaHa. aku janji!

  

One Response to BBQ bersama FRU

  1. lasinda cafe berkata:

    i’m not really into political…. 4 me life is life….just live in it….. you’re not going to be here 4 long…..

    fight is good as it keep u alive & make you think…… i’ll think we all be a moron if there is no fighting….. with all the peace, i like you & you like me attitude…… there is no drama, gossip, no desperate housewife, no nothing…life is empty….

    so, fighting is good……. gos bless BUSH….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: