mari belajar ilmu pukau – kira ijazah sekali la.

sebagai salah seorang ahli ‘majlis dukun-dukun semenanjung’ – Malaysian pan penisular shaman council, aku rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan orang awam mengenai persoalan2 yang sering ditimbulkan mengenai ‘apa itu pukau’ dan ‘bagaimana untuk memukau’.

ilmu pukau, atau dalam bahasa inggerisnya, hipnotik ada banyak kegunaan alam kehidupan seharian. bayangkan jika anda dalam memukau orang yang akan interviu anda atau penguji dalam ujian lisan, pastinya hidup anda lebih mudah! lain2 kegunaan pukau yang tak elok, lu pikir la sendiri.

pukau ialah perbuatan untuk mengawal minda orang kedua atau ‘membuatkan orang kedua ikut kehendak anda’. manakala, orang puteh mendefinisikan pukau sebagai is a broad range of psychological tactics able to subvert an individual’s control of his own thinking, behavior, emotions, or decisions. The concept is closely related to hypnosis but differs in practical approach; dalam hal ini ilmu pendukun.

baiklah, kita sudah belajar contoh2 kegunaan pukau, apa itu pukau – sekarang mari kita belajar ilmu pukau yang mudah. seperti ilmu2 pendukunan yang lain, ianya perlukan ‘ijazah’ untuk ilmu itu berhasil, anggap saja saya beri semua pembaca ijazah/kebenaran untuk mempraktikkan ilmu ini.

cara mudah untuk membuatkan orang lain ‘ikut kehendak anda’ ialah SENYUM. anda perasan tak bila anda senyum, tak kiralah kat aweks atau pokcik tuo, mereka akan senyum balik secara automatik tanpa disuruh? haa.. tahniah, anda telah berjaya untuk memukau mereka! (hanya Tuhan tahu mengapa kita senyum balik bila orang senyum kat kita)

gelaklah dan bencilah aku tapi inilah cara pukau yang paling simple. ramai orang dah lupa kepentingan senyum hari ini kerana ‘terlalu sibuk’ dan ‘nak cepat- entah apa yang dikejar, dia pun tak tahu’. senyum ialah pembuka bicara tanpa kata yang terbaik kerana membawa kepada suasana positif. cuba lihat balik dalam sejarah hidup sendiri bertapa senyum ini telah memulakan banyak perkara yang manis.

dalam bilik temuduga, ujian lisan atau perbincangan serius, bila masuk saja pintu, senyum dan berilah salaam. bila anda diberi pilihan; ditemuduga dengan orang yang tersenyum atau orang yang bermuka masam, mana pilihan anda? jawab lah sendiri dalam hati.

akhir sekali,  saya nak turunkan mentera untuk memudahkan diri sendiri senyum;

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

namun kalau tak boleh senyum jugak, cuba cara ni;

nota kaki;

aku berasa sedih kerana takdapat cari video/audio lagu senyum tu. jika ada komrads atau ukhwats yang ada links, tolong share.

makaseh!

7 Respons bagi “mari belajar ilmu pukau – kira ijazah sekali la.”

  1. mudin001 Berkata:

    sheh, aku sedang senyum :)

  2. admin Berkata:

    politician tak jujur pandai “memukau” rakyat dengan lidah bercabang mereka.. heheheh, ikat simpul lidah mereka..

  3. [ainis] Berkata:

    bro. dah habis exam ek. bila boleh jumpa safiyah and hamzah ni? ;p

  4. bumilangit Berkata:

    ainis;

    baru submit exam application tadi. examiner akan panggil any time, tp selalunyaselepas seminggu.

    safiah masuk ampang putri pagi tadi. ika kata kena sawan. doktor kata kena fit. aku pon taktau beza. kalau nak datang melawat, gimme a call. ika ada kat sana.

  5. pendekar Berkata:

    he he he….

    senyum pengubat segalenyer dan yang memukau aku terhadap arwah mak aku kerana pukauan senyumannyer walaupun sedang menahan derita

  6. bumilangit Berkata:

    Allahu akbar!

    pendekar, teringat saya doa yang cikgu saya pernah ajar,
    “Ya Allah, senyumkanlah aku ketika sedih- keranaMu ya Allah dan menangiskanlah aku ketika gembira- keranaMu ya Allah”

  7. ibnurashidi Berkata:

    salam..

    :) …saya secara tiba2 tersenyum baca entri ni..adakah saya sudah kena pukau anda?pukau dapat pahala takpa:)

    P/S : Maila jalan2 blog saya.

Tinggalkan jawapan