anwar akan ditangkap sekali lagi, dan ini akan membuka ruang untuk anarki subur. ya, kamu boleh terus tekan rakyat! kamu akan lihat rakyat diam dan patuh, tapi sebenarnya dibawah sekam itu ada api yang membara yang akan merobek2 kamu bila tiba masanya.
tapi tunggu! sebelum revolusi bermula, dan sebelum pasukan gerak khas merempuh masuk ke dalam Hotel Quality Shah Alam, mari kita bermain dulu. permainan ini diajar oleh encik grissom kepadaku. dah sedia? senyum…..
mula-mula kita kumpul maklumat yang kita ada, dalam kes ini misalnya kita kena tahu latarbelakang yang terlibat, dan latarbelakang kisah. mula-mula kita kenal anwar. mamat ni memang dah kena tuduh liwat dah banyak kali. secara peribadi, aku dah jumpa ramai ahli Umno yang bersumpah yang kawan dia kata, ada kawan pernah tengok anwar ni dating dengan lelaki jambu. tapi antara yang mengaku diliwat dalam kes 98 ialah dr munawar dan driver dia yang kedua-duanya tak hensem dan jambu. sukma? aku tak nak kata dia jambu kerana itu akan menimbulkan fitnah kepada aku pulak. hehe.
teruskan permainan.
siapa pula si shaiful bahari ini? jeng jeng jeng~ sahabat2 aku panggil dia ni ‘musang berbulu ayam’. dulu saiful ni orang kuat najib, berbaju batik ke sana- sini. memang Umno totok la. tapi hasil jasa baik rahimi, dia di bawa masuk ke dalam pejabat DSAI, setelah mengaku bertaubat nasuha dan keluar Umno. ini antara link yang kena baca untuk mengetahui latarbelakang rahimi dan saiful, lihat juga tarikh entri ini ditulis.
musang berbulu ketiak satu
musang berbulu ketiak dua
dan musang berbulu ayam (2) disini
ada beberapa profil lagi yang kita kena kenali seperti musa hassan dan gani patail. selain dari tugas rasmi mereka, kita juga jangan lupa bertapa mereka gagal untuk menanam bukti dan mensabitkan kesalahan anwar dalam kes liwat 98. ini mungkin peluang kedua. ini mungkin vandetta!
bersedia untuk teruskan permainan? ok, cukup dengan biodata pelakon. mari kita tengok situasi dan latar belakang kejadian.
selepas tsunami 8 mac, kelemahan paklah kian ketara. ini diikuti dengan beberapa langkah yang beliau ambil yang tidak popular seperti menaikkan harga minyak dan mengenakan tekanan kepada negeri2 yang di’buka’ oleh pakatan. disaat ini, musuh PM dimana-mana, baik diluar UMNO (baca Anwar) mahupun dari dalam UMNO (terlalu panjang untuk disenaraikan). tahta yang dipegang oleh beliau mungkin dirampas bila-bila masa malah, parti yang beliau terajui juga mungkin hilang kuasa pemerintahan. orang putih istilahkan situasi ini sebagai ‘deep shit’.
tapi bukan buntut paklah sahaja yang panas, buntutt rosma yang besar itu juga panas . (tak percaya, pergi la rasa. auw!) rosma dan najib dituduh dengan akuan bersumpah oleh raja petra terlibat secara terus dalam pembunuhan altantuya. kes ini telah menjadi hangat sehingga najib dan paklah terpaksa memberi respon kepada media.
anwar- harapan baru untuk malaysia. beliau dilihat satu-satunya insan yang layak dalam untuk menerajui Malaysia dan menyelamatkan Malaysia dari terus rebah. sokongan anwar semakin hari semakin meningkat. walaupun media arus perdana tanpa henti menyerang beliau dan pakatan dengan fitnah dan gagal memberi akses untuk beliau jawab tohmahan itu, anwar terus bertahan dengan gelaran beliau, PM in waiting.
kini, satu laporan polis telah dibuat keatas Anwar, menuduh beliau meliwat saiful.
membina konklusi sendiri
1) anwar mungkin benar2 peliwat, kerana tuduhan liwat adalah tuduhan yang berat, tak mudah untuk bagi orang percaya dengan tuduhan ini maka bodoh lah musa hassan dan gani patail untuk meneruskan tuduhan ini melainkan dengan bukti2 yang maha kuat.
2) usaha menjatuhkan anwar oleh paklah untuk mengekalkan kuasanya. siapa sangka paklah sanggup buat macam ni? tapi siapa sangka dia akan bubar parlimen (sebelum itu menafikannya) dan naikkan harga minyak setinggi 70 sen?
3) ini bom asap! semua ini hanya untuk mengalihkan perhatian dari kes rosma dan najib. perlu diingat, saiful sangat rapat dengan najib sebelum ini. perhatian rakyat akan berubah dari kes buntut panas rosmah kepada kes anwar akan ditangkap.
permainan diteruskan..
selain dari mencari bukti untuk menuduh, kita juga boleh mencari bukti untuk menafikan. misalnya, setelah 10 tahun kes liwat anwar, sehingga kini tiada seorang pun yang bangkit dan kata, “ya, saya di liwat dan ini buktinya”. yang ada cuma insan2 yang terus membuat laporan polis mengatakan beliau diliwat. kenapa pergi terus kepada polis? kenapa polis dahulu? dan pattern ini terus sehingga kes yang terbaru ini.
kita juga boleh tanya kepada saudara ezam mat noor. beliau pernah rapat dengan anwar dan kini menyerang anwar. beliau boleh membuat sumpah yang dia yang anwar ini memang kaki bontot. dia boleh memberi bukti. dia juga mungkin boleh mengaku dia juga pernah di buntuti anwar. bagi aku, ezam adalah saksi nombor satu dalam kes ini.
permainan ini belum berakhir. grissom pernah berkata, “menjadi liberal ialah menjadi jujur”. setiap bukti yang akan datang haruslah dilihat secara keseluruhan. ini politik, bukan CSI. semua kemungkinan perlu diambil kira sebelum meletakkan buah catur.
rakyat dah bosan melihat polis, bpr dan badan kehakiman menjadi alat untuk meneruskan tekanan terhadap rakyat. cukuplah tu, mari kita bebas.