vending machine berdiri kaku ditepi dinding, ia tidak lari. walaupun disepak dan dimaki, tiada tindak balas.
“kamu bagi duit, saya bagi air.
kamu bagi duit, saya bagi lendir.”
pelacur ini serupa vending machine. sentiasa ada bila ada demand. lelaki pulak selalu demand!
pelacur banyaknya perempuan. kalau jantan orang panggil arbog. yang jantan tu bukan sebab ditekan, tapi sebab gatal. aku ulang, “GATAL!”
perempuan ni Allah cipta sebagai lemah. sentiasa perlukan pelukan lelaki. eehh… perlindungan lelaki. ini fitrah. kamu boleh bagi dua-tiga hujah untuk lawan saya, tapi saya boleh bagi sejuta. itu fitrah. perempuan dilahirkan lemah. lelaki yang bertanggungjawab jaga perempuan. lelaki yang tak berani nak jaga perempuan itu lelaki dayus. tahu dayus? orang dayus ini tak bau wanginya syurga. wangi syurga ini semerbak baunya, dari jauh pun boleh hidu. tapi dayus tak bau sebab dia tak berani nak lindungi wanita.
pelacur wanita ini lemah dari segala segi. ada yang terpaksa. ada yang kena auta. ada yang memang galak. ada yang tamak. tapi sebab itu boleh lindung, boleh bendung. wanita semuanya wajib kita tolong. kamu hindu kah, kamu buddis kah, kamu kristian kah, kamu muslim kah. wanita semua yang lemah kita kena tolong. ini bukan kerana agama kamu. ini soal maruah!
tak ada kat dunia ini pelacur yang mulia. tak ada. siapa yang dilihat dengan pelacur akan kena sialnya. kat negara amerika baru-baru ni, ada yang kena turun tahta. angkara pelacur wanita yang lemah maruah kita binasa. tak ada pelacur yang dihormati didunia ini. tak ada! pelacur penjual lendir semuanya dianggap hina. apa nak buat mereka wanita lemah? apa nak buat, orang lelaki telah hilang militan maruahnya!
wanita ini ibu. wanita ini mulia. tapi bila pegang title pelacur- automatik jadi hina!
semua orang kena bangun, cek semula hati itu. kamu tak sayangkah pada wanita2 itu. mereka saudara kamu, dijual lendir-lendirnya begitu. dicabut maruah mereka sedangkan kamu hanya mencebik, kadangkala meludah. mana rijal kamu? mana maruah kamu? Allah tanya nanti nak jawab apa?
aku seru semua orang berdoa. kamu semua dari semua agama kena doa.
“Hancurkanlah rumah-rumah pelacuran itu! Binasakanlah bapa ayam durjana itu! selamatkanlah wanita-wanita itu!”
semoga sufiah menjadi safi semula. tolonglah Ya Allah. hamba kecil yang banyak dosa ini merayu kepadaMu dengan dengan rendah diri. bersihkanlah sufiah. bersihkanlah dia kembali!!
dan kerajaan2 yang baru dibina dengan redha Allah. kamu mesti kawal semua ini. jangan bagi muka. potong terus urat merih bapak ayam itu!
*aku mengutuk sekeras2nya sebarang perkataan menghina sufiah dan pelacur2 yang lain. orang yang hina ialah orang yang tak berusaha menghentikannya, apatah lagi mereka yang tak pernah terlintas dihati untuk hentikannya!