cita-cita saya (karangan darjah empat)

setiap orang ada cita-cita, oleh itu saya kena ada cita-cita. cikgu kata manusia kena ada cita-cita, kerana cita-cita adalah angan-angan yang mendorong manusia untuk terus hidup.

antara cita-cita yang kawan-kawan saya selalu sebut ialah doktor, jurutera dan pensyarah. saya meragui mereka tahu apa yang mereka cita-citakan masa itu. haha.

cita-cita saya ialah untuk meneruskan kebijakkan manusia, menyebarkan ilmu dan membina manusia yang yakin, berani dan bersifat manusia.

oleh itu selepas saya menyudahi EASA66 cat B dan MBA, insyaAllah, saya akan cuba memenuhi cita-cita saya ini.

ini kisah cita-cita saya.

saya mahu ada sebuah rumah kecil di kampung berdekatan ibukota. rumah ini mesti mempunyai ruang laman yang besar. di ruang laman itu akan saya dirikan 3 bangunan bilik darjah kecil, tiga blok rumah kecil dah sebuah gelanggang tanah liat.

gelanggang tanah liat itu akan saya gunakan untuk mengajar silat. guru silat akan dipohon untuk mengajar di situ setiap minggu.
selain itu, gelanggang itu pada petang harinya boleh digunakan untuk bermain bola sepak oleh kanak-kanak sekitar.

tiga buah bilik darjah itu pula akan menyediakan kelas tiusyen secara percuma.

dua darinya untuk mengajar bahasa inggeris, sains dan matematik oleh guru-guru dari luar negara. guru-guru ini yang merupakan backpackers dari luar negara akan diberi gaji sewajarnya. selalunya, backpackers akan menetap disesebuah negara dan bekerja untuk membiayai tabung perjalanan mereka ke destinasi seterusnya. di negara lain, mereka boleh bekerja sebagai guru disekolah namun di Malaysia, undang-undang kolotnya melarang mereka berbuat demikian.

guru-guru omputih ini yang sememangnya fasih bahasa inggeris diharap dapat memberi sentuhan pertama buat anak-anak kampung untuk berinteraksi dengan orang luar seterusnya menghilangkan rasa rendah diri kaum asia yang menebal dalam hati. anak-anak ini juga akan mengerti yang orang putih juga manusia yang bisa berbuat salah dan bukannya perfect human being seperti yang digambarkan dalam filem holiwud dan membina keyakinan diri untuk menjadi lebih baik. guru-guru ini akan diberi tempat tinggal percuma di bilik kecil seperti disebut di atas.

bilik darjah ketiga pula akan menyediakan kelas Al quran dan fardhu ain untuk anak-anak sekitar. tenaga pengajarnya mungkin dari mana-mana fisabililLah yang memerlukan duit dan berkelayakkan. aku tak kesah sangat, janji otak liberal dan bisa berkomunikasi dengan baik dengan anak-anak.

semua bilik darjah ini perlu lah mempunyai ventilasi yang baik dan perabot yang selesa.

fasiliti2 di atas ini disediakan secara percuma untuk semua anak-anak sekitar tak mengira bangsa. kalau nak bagi sedekah, aku terima.

dana;

duit gaji aku akan aku habiskan untuk projek kecil ini. selain itu, ada kemungkinan untuk aku bina satu NGO yang kuat terdiri dari ahli kelab alumni EASA yang sedang aku bina sekarang. kalau mereka nak bagi, aku suka, kalau taknak bagi, aku tak kesah. lalalaa.

selain itu, aku juga sedang memikirkan untuk membina money generator untuk meng’sustain’kan tempat ini dari segi kewangan agar tak bergantung sangat pada gaji aku dan sumbangan orang ramai.

cita-cita saya ini, jika tiada aral akan saya mulakan dalam masa lima tahun. projek yang tak mendatangkan keuntungan ini semata-mata untuk membina anak kampung yang tak mendapat pendedahan pendidikan agar mempunyai cita-cita yang tinggi.

semoga cita-cita mereka lebih tinggi dari cita-cita saya.

inilah cita-cita saya

4 Responses to cita-cita saya (karangan darjah empat)

  1. muhammadridwanto berkata:

    ini gaya bahasa orang besar……

  2. bumilangit berkata:

    hahahaha…

    ya saya memang besar. pada tahun 2003 (masa baru kawen) saiz pinggang cuma 32, tapi sekarang dah 36!

    tapi isteriku bilang, “boroi itu sexy!”

    lalalalalalal~

  3. ira berkata:

    tulisan kecik dan besar.dan struktur ayat kurang ok

    maaf cikgu, bila idea menghambur, susah nak buat struktur. zul

  4. 敦煌 berkata:

    jibai kamu

    apa sala aku?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: